Nama نام Tengkolok

Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"[1], pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.[2]

"Solek Balung Raja", destar Sultan Selangor yang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.